tetap cinta

Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan, langit mana yang tak pernah mendung, laut mana yang tak pernah bergelora. 

Begitu juga kita, manusia mana yang tak pernah melakukan kesilapan. Manusia mana yang tak pernah berdosa. Manusia mana yang tak pernah dihempas badai ujian.

Sungguh, ada kebenaran yang sangat pahit untuk ditelan. Kenyataan yang sangat pedih untuk dihadam. Kepastian yang menghiris walau sudah ditelah. Pun begitu, siapa lah kita untuk menghakimi pilihan masa lalu. 

Semua yang terjadi punya hikmah tersendiri, berlaku mengikut kehendak nya yang maha berkuasa. Syukur ada yang masih terpelihara. Tetap ada rahmat atas setiap perkara yang berlaku. 

Semakin aku yakin, tuhan telah susun cantik jalan cerita ini. Sememang nya benar janji tuhan, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Semakin aku yakin aku memilih jalan yang betul. Tuhan menghantar sesuatu bukan seperti yang kita mau, tetapi seperti yang kita perlu.

Tuhan tidak beri yang sempurna, tapi tuhan berikan kita yang terbaik untuk kita cari kesempurnaan! 

Ya, aku boleh memilih untuk terus bersama perempuan yang baik dengan mengenepikan perasaan sendiri. Tapi aku nekad memilih dia yang selayak nya buat ku, untuk bersama menyusur jalan kembali. Bersama melupakan dosa semalam yang penuh noda dan bersama merintis jalan kebaikan.

Sungguh aku percaya, hadir dia dalam hidupku adalah sebagai rahmat dan hadir aku dalam hidup nya juga sebagai rahmat. Semua nya dari Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba nya. 

Semakin aku yakin, semakin aku sayang, semakin aku cinta. 

Sungguh, aku tetap cinta! 😉😘

dosa semalam

 

Pintu sepiku yang bertahun terkunci
Terpaksa aku bukakan perlahan-lahan
Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah
Denganku seharian, akan menenggelamkan
Keakuan…

Andai terjadi mana lagi tempatku
Nak aku pahutkan mimpi sediakala
Menunaikan janjiku, pada diri sendiri
Untuk ku memiliki
Cinta dulu asalnya, aku yang punya

Mana datang cahaya
Bukanlah tajuk cerita
Siapa pun kau ku sudi terima
Biarpun dosa semalam
Sebesar gunung menembus awan
Yang penting hatiku dapat kau tawan 

selagi ada dia

Mana mungkin ku terima
Bila kau menyintai yang lain
Mungkin engkau sukar menentukannya
Adakah diriku atau kekasihmu

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti semua

Mana mungkin aku ini
Meneruskan memendam kecewa
Usah kita teruskan percintaan
Kembalikan aku pada ketenangan

Tak usah kau mengerti
Tak perlu kau sedari
Kerana engkau tahu jawapan sebenar

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti semua

Mana akhirnya cintaku ini
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
Yang akan mengerti yang akan mengetahui semua

bersyukur kini..

  

 

teman yang di cari, selama ini telah ku temui..

Buat pertama kali dalam hidup, aku merasakan betapa manis nya bila hati dan perasaan aku dihargai seseorang. 

Betapa aku terharu bila sesekali hati dan perasaan aku jadi keutamaan pada seseorang. Hati yang selama ini sentiasa mengalah pada kehendak serta kepentingan lain yang lebih mendesak, akhir nya di beri ruang untuk dibelai kasih mesra.

Seboleh nya aku ingin selama nya hati dan perasaan aku di jaga nya. Sungguh aku percaya dia yang terbaik untuk mengurus hati dan perasaan aku. Betapa aku mengharapkan pengakhiran yang gembira untuk hati yang puas melara.

Namun tuhan juga sebaik baik perancang. Andai tiba juga takdir yang melawan, aku yakin hati ini cukup dewasa dan cukup matang untuk menerima.

Sehingga itu, simpan lah hati dan perasaan saya sebaik baik nya. Selagi sudi, selagi mau, selagi ada ruang..

Terima kasih sayang! 

dia bukan untukku #2

Keliru.
Kadang aku rasa yakin dalam menelah. Kadang aku rasa bahagia dalam impian. Kadang aku rasa bangga dalam harapan. Kadang aku rasa kuat dalam tahu.

Kadang aku rasa hampa dalam menguji. Kadang aku rasa cemburu dalam anggapan. Kadang aku rasa gelisah dalam persepsi. Kadang aku kecewa dalam kepastian.

Forget what you feel, because simply you can not afford to hope for anything. 

The winner is already there! 

Always there waiting to come and collect his medal from you.

I wish that moment will never come…

😢

  

Tiba tiba hati sebak…

Ya Allah, permudahkan ya Allah.. Aku cinta dia ya Allah.. Permudahkan ya Allah.. Aku yakin akan kebaikan yang di bawa nya ya Allah.. Permudahkan ya Allah..

…..