tentang takdir

Senang mengakui takdir bila selari dengan kehendak atau persepsi sendiri tapi mengapa sukar menerima takdir bila keadaan berlaku seperti yang kita tidak mau?

Sedangkan baik buruk semua nya takdir dari Allah, yang terbaik untuk kita pada satu satu masa!

Hati2 bila mengeluh atau mengata tentang rezeki, ajal ataupun jodoh..

 

demang – takut jatuh syirik, tak masuk syurga nanti!

ikhlas dan kecewa

kenapa kecewa bila Allah tak bagi?

kenapa kecewa bila tak dapat?

kenapa kecewa bila tak dibalas?

kenapa kecewa kalau IKHLAS?

 

ikhlas kah beribadah? ikhlas kah berbuat baik? ikhlas kah bila memberi?

betul ikhlas?

kalau ikhlas kenapa KECEWA?

 

demang – bila ikhlas takkan ada ruang untuk kecewa!

funny

life can be so funny at times..

once you really want to do it but you don’t really had the solid reason for it.

now you have every reason you want but you really don’t want to do it!

life can be funny, love can be funny..

and yeah, I am funny!

 

demang – ever wonder how it feels to be a clown sometimes? TT

dont lose your values..

already gave you everything.. 

love you all my heart and gave up everything just to be with you because really, you are my everything.. 

but sorry, i am not giving up my values. in all my values god make me looked attractive to anyone worthy. 

did not have a good look, did not have a big petty, did not have any other lucrative thing to offer but i do have some values.
i respect people the way they are, i appreciate people the way they deserved, i care people the way they should and i treasure all the good things people do to me. 

its my value, its the way i am. now either you accept me the way i am as it is, or you can walk away to find your mr perfect. 

i live long enough to understand that people are all the same, its their own agenda comes first than values.. 

as always! 

311 – PEACE OF MIND

Macam mana nak hidup tenang?

Senang, tukar cita2 daripada berjaya dalam hidup kepada berjaya di hari akhirat.

Senang, tukar keutamaan daripada mengumpul harta dan kemewahan kepada mengumpul pahala amalan dan ibadah.

Senang, tukar keasyikan daripada hiburan duniawi semata kepada segala bentuk wadah ilmu dan peringatan tentang hidup selepas mati.

Senang, tukar takat pengukur kejayaan daripada hidup senang kepada hidup diberkati Allah.

Senang, tukar kesungguhan daripada mengejar kemajuan serta pembangunan kepada kesungguhan menghidupkan kembali sunnah Rasulallah.

After all,

Apa guna taraf hidup yang tinggi bila semakin rendah kita pada pandangan Allah.

Apa guna kemajuan serta kecanggihan pembangunan bila dengan sekelip mata akan hancur dengan kuasa Allah.

Apa guna mengejar harta dan kekayaan bila satu pun tidak berguna di akhirat sana.

Demang – teringin ditemukan dengan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. moga kita keluar dari Ramadhan dengan penuh manfaat serta kebaikan, insyaallah.

308 – haiyi ramadhani

insyaallah esok kita akan sekali lagi bertemu dengan Ramadhan, bulan penuh keberkatan. bulan yang di dalam nya; diturunkan al-quran, dikhaskan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan dibukakan pintu2 syurga serta pintu taubat untuk kembali ke jalan ‘nya’.

maka marilah kita jadikan satu ramadhan esok sebagai titik perubahan buat diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan di redhai Allah. mari kita baiki amalan kita, mari kita cantikkan iman kita, mari kita pelihara ibadah kita. semoga kita mampu meningkatkan ketakwaan kita sepanjang bulan ramadhan dan terus istiqamah hingga ke ramadhan yang seterus nya, jika dipanjangkan umur.

inilah masa nya atau kita mau tunggu hingga ke saat kita sakit tak berdaya, atau hingga ke saat nyawa tinggal di halkum atau hingga matahari terbit dari sebelah barat?

wallahualam & ahlan wasahlan ya ramadhan wa marhaban bikum.

Demang – mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki buat semua yang mengenali diri ini. segala kekhilafan amatlah dikesali, semoga sama2 mendapat keberkatan bulan yang mulia! 🙂