Aku lebih suka seperti dulu. Seperti waktu itu, waktu hati dicarik-carik oleh seorang wanita. Waktu aku mahu lupa yang aku ada hati. Waktu aku mahu simpan hati dan perasaan dalam sebuah peti. Peti azimat pendinding ancaman belas dan simpati. Hingga ada waktu nya aku benar-benar lupa yang aku punya hati. Hanya sedikit perasaan yang dipimpin akal.
Waktu itu aku lebih efisyen dan efektif. Waktu itu aku lebih mudah dihormati. (sebenarnya ditakuti) Waktu itu kerja aku sentiasa lebih mudah. Waktu itu aku tidak punya masa untuk memikirkan hati dan perasaan orang lain jauh sekali mahu peduli. Waktu itu aku jadi kesayangan orang atasan. Waktu itu aku sangat bertanggung jawab pada amanah dan kepercayaan. Waktu itu aku sangat komited pada tugas.
Aku jadi tidak popular di kalangan orang bawahan. Aku jadi tidak rapat dengan rakan sekerja. Aku jadi tidak mesra dengan anak buah. Tapi aku selesa ketika menjalankan tugas.
Seorang wanita juga yang mengutip dan mencantumkan kembali hati aku yang relai. Seorang wanita juga yang membuka peti azimat pendinding ancaman belas dan simpati. Seorang wanita istimewa yang mengingatkan aku yang aku juga punya hati. Seorang wanita yang membuatkan aku tekad mahu terus bersama dengan hati pencetus kasih.
Kini aku lemah. Hati datang membawa derita. Sakit hati lebih perit dari sakit disebat cemeti. Konflik hati adalah perkara paling sukar dan menyesak kan!
Kini aku jadi sangat lembut dalam ketegasan. Kini aku tidak efektif dalam menyampaikan amanat orang atasan. Kini aku kurang dihormati jauh sekali ditakuti. Kini kerja aku jadi payah. Kini aku terlalu memikirkan hati dan perasaan orang lain. Kini aku jadi peduli. Kini aku bukan lagi kesayangan orang atasan. Kini aku sangat tidak amanah pada tanggung jawab sebagai ketua!
Aku jadi popular di kalangan orang bawahan. Aku jadi rapat dengan rakan sekerja. Aku jadi mesra dengan anak buah. Tapi sangat tidak selesa ketika menjalan kan tugas!
Aku lebih suka seperti dulu kerana aku sangat letih dengan permainan hati. Aku muak dengan karenah masing-masing. Aku rimas dengan ego semua orang. Aku bukan mahu ditakuti. Aku bukan minta dihormati tetapi aku merayu semua orang menghormati…
ye, hati banyak karenahnya.
sangat banyak! hehehe..
terima kasih sudi singgah! 🙂
susah gak ek… hmmm… dilema.
pasal keja ni susah lah.
yap.. terserah pada kita mahu popular atau mahu berjaya dalam kerjaya! 🙂
betul tu.
p.s : tajuk tu buat saya teringat lagu nasyid saujana tajuknya sekeping hati kalo tak silap.
hahaha.. betul betul! sesuci sekeping hati. suka dengar jugak dulu! huhuhu..
wah, mr.demang…terpegun kejap baca cerita b erkaitan ‘hati’ ini…hemmm…btl jgk tu…bl kt ‘dekat’ dgn ‘hati’, kt akan banyak timbang-tara pelbagai hal/perkara sblm lakukan sesuatu…hemmm…. ada baik dan buruknya jgk…. apepun moga hati gumbira yaa…. 😉
betul la tu.. kalau yang deep deep awak mmg paling senang faham kan! hehehe..
anyhow thanks! 🙂
Hati ni… payah nak diduga
Bila kita rasa kita ada hati, nak jaga tu yg susah
Silap2 boleh makan hati, merajuk hati
kalau ikutkan hati mati
HAKIKAT MEMG MNYAKITKAN
kalu hati boleh dicuci kan senang