#188 : Dengan Hati, Bukan Emosi

Kita kerap menghukum atau menilai salah dan kekhilafan seseorang bagaikan seseorang itu langsung tidak berdaya untuk berfikir dan menilai. Kerap kali juga kita merendah-rendahkan pendapat atau pendirian seseorang bagaikan seseorang itu langsung tidak mampu untuk menyaingi kepandaian kita. Acap kali kita merasakan hanya telahan kita sahaja yang benar kerana kita tidak percaya orang lain sebijak kita untuk berfikir dalam haluan yang sama. Tanpa sedar, kita sebenar nya sangat mementingkan diri sendiri.

Kita lupa, semua orang mempunyai hak untuk berfikir dengan cara mereka sendiri. Semua orang berhak untuk berbeza pendapat dan semua orang juga punya akal untuk berfikir serta menilai mengikut persepsi masing-masing. Semua orang tidak semesti nya setuju dan sehaluan dengan kita dan kita juga tidak punya hak untuk memaksa semua orang bersetuju dengan kepandaian serta kebijaksanaan kita menafsir. Tetapi, kita punya hak untuk meminta pandangan serta pendirian kita dihormati.

Namun, bagaimana orang mahu menghormati pendirian kita sedang kita sendiri tidak mahu menghormati pendirian orang lain? Mana mungkin orang lain mahu percaya yang kita mampu menggunakan akal untuk berfikir sedang kita tidak mahu percaya yang orang lain mampu berfikir seperti kita!

Hakikatnya semua orang punya akal dan fikiran untuk berfikir dan menilai dari sudut pandangan masing-masing. Hanya keutamaan serta kepentingan yang akan membezakan hasil penilaian terhadap sesuatu perkara yang sama. Sekalipun acap kali penilaian dibuat berlandaskan hukum matlamat akan menghalalkan cara serta mengabaikan nilai moral dan etika, sebetulnya kita tidak punya hak untuk memaksa seseorang menukar pendiriannya. Sebaiknya kita harus berusaha untuk memberikan ruang kepada seseorang itu berfikir dan membantu dirinya menilai kembali dengan lebih menyeluruh serta memberikan kepercayaan yang sepenuhnya bahawa seseorang itu pasti dengan sendiri dan rela hati akan menyedari hakikat yang matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Hanya diri yang sentiasa mahu menghalalkan cara dengan mempergunakan matlamat!

Doa dan harapan kita panjatkan semoga seseorang itu dengan dada yang lapang menginsafi kesilapan serta kekhilafan diri dalam melindungi keutaman serta kepentingan yang salah.

Demang – Umpama menarik rambut dari dalam tepung. Biar rambut tak putus, tepung tak tumpah.

Advertisements

4 responses to “#188 : Dengan Hati, Bukan Emosi

  1. agree dengan tak bleh menilai kesalahan orang lain camtu aje… tp, bila dah bagi peluang, still lagi buat salah yang sama camna?

    • normal. selagi orang tu tak nampak atau tak alami kerosakan hasil kesalahan tadi, memang takkan sedar punya. my point, tak guna kita nak paksa2 orang setuju dengan kita atau berkeras nak kata dia salah or what sebab dia tak nampak yang dia tengah buat salah. so, kita beri peluang dan bantu dia untuk nampak kesalahan dia.

      it takes time and some damage too for sure but then the moment he/she realized tu will be betul2 sedar dengan rela hati. and he/she will knows exactly what to do which happen to be agree with us! 🙂

      • yeah agree. orang makan masa nak sedar kesalahan diri sendiri. or maybe diorang sedar, tp, saja buat2 x sedar. huhu…

        • haaa.. tu pun kes normal jugak tu! biasa sebab nak puaskan kepentingan yang salah la tu.. dah tau salah, tapi sebab ada kepentingan buat2 tak tau..

          matlamat menghalalkan cara! huh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s