#101 : You Jump I Jump

“Hanif. Aku saje je nak cakap ni. Aku ingat aku nak berhenti lah. Kau tau kan, Halim dah nak pergi. Aku ingat aku pun nak ikut sama lah.”

Hanif diam. Nampak raut wajah nya berubah. Tangan yang dari tadi asyik menyuap makanan turut terhenti. Ada tanda hati nya terpukul.

“Kenapa dengan korang ni? Kenapa semua nak pergi? Macam ni aku pun nak pergi lah!” Bentak Hanif ternyata tidak berpuas hati. Memek muka nya nyata menggambarkan kekecewaan yang mendalam.

Senyum. Aku senyum. Tak ku jangka begitu reaksi Hanif. Aku tahu dia cukup senang dengan ku. Kami memang rapat itu aku akui. Dalam sebulan tak kurang dua kali dia akan bermalam di rumah aku bersama Halim terutama bila ada siaran perlawanan bola. Hubungan Hanif dengan Halim juga cukup akrab walau pernah dilanda badai. Pujian pada Halim kerana cukup matang dalam persahabatan. Pernah juga aku jadi tidak senang dengan perilaku Hanif ketika itu namun Halim sering mengingatkan aku yang Hanif hanya manusia biasa. Bukan maksum. Keburukan seseorang itu tidak menjadikan dia tidak layak untuk berkawan dengan kita. Mudah saja prinsip Halim.

 “Mana boleh Nif. Bila Halim takde nanti, kau la tonggak kat sini. Kalau kau pun takde, kesian Kak Ara tau. Siapa lagi yang dia nak harap kan? Aku lain, aku mana penting kat sini. Budak-budak ni kan ada. Diorang semua tu dah pandai-pandai belaka,” tutur ku perlahan. Ada rasa sebak mula menguasai hati.

“Lain Tam. Budak-budak muda ni tak macam kita. Tak macam orang lama. Kita.. semua dah macam keluarga. Diorang tak.. Lain Tam,” suara Hanif tersekat-sekat mengatur kata. Aku faham. Sungguh aku faham lantas membiarkan naluri wanitaku terus memamah hati. Takku mampu lagi untuk menahan air mata yang terasa deras bercucuran.

***** 

“Akak sedih hari ni. Sedih sangat.” Kak Ara memulakan bicara pagi itu melalui Yahoo Messenger.

“Sedih kenapa pulak ni kak?” Halim tertanya-tanya. Walau sudah beberapa bulan dia meninggalkan Kak Ara, setiap khabar berita dari Kak Ara tetap sentiasa menjadi perhatian Halim.

“Betul lah macam yang awak kata. Hanif dah hantar surat. Pagi ni tadi.”

Halim diam. “Memang tiada tempat lagi untuk orang seperti kita di situ.” Gumam nya dalam hati.

Advertisements

2 responses to “#101 : You Jump I Jump

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s