Promotion Can Wait But Not THEM

Sejujurnya, aku selesa di sini. Sebetulnya, aku lebih suka begini. Sebenarnya, aku masih mahu seperti ini. Segalanya sempurna bagiku ketika ini. Namun,

Aku harus pergi kerana di sini sudah tidak ada tempat untuk mereka yang profesional dan berfikiran terbuka. Budaya melayu tipikal yang sentiasa meletakkan kepentingan peribadi melampaui kehendak organisasi sememang nya tidak sesuai bagi mereka yang sentiasa ingin maju dan berkembang. Budaya wanita melayu tipikal yang sentiasa ingin hidup seperti zaman sekolah penuh dengan konflik dalam persahabatan melalut adalah sangat tidak sesuai bagi mereka yang sentiasa mementingkan kualiti kerja sempurna. Paling menyedihkan bila seorang lelaki yang seharusnya menjadi pemimpin kepada golongan wanita ini turut berkelakuan serupa malah paling teruk!

Aku harus pergi kerana generasi terkini di sini tidak lagi seperti generasi awal yang sangat mementingkan rasa kasih sesama sendiri hingga melampaui kemesraan sesebuah keluarga. Bukan sekali konflik datang melanda malah berganda lebih teruk dari apa yang berlaku sekarang namun tidak pernah suasana harmoni dijadikan korban emosi. Generasi terkini lebih gemar berfikiran sempit bertuankan emosi dalam meletakkan keutamaan yang seharusnya diberikan pada tanggungjawab. Tanggungjawab pada kerja, tanggungjawab pada ketua. Lebih parah bila fokus lebih suka diberikan kepada hal peribadi orang lain dan bertepuk sorak atas kesengsaraan orang yang lemah dalam asakan kejanggalan sedangkan fokus utama seharusnya terarah kepada pembentukan satu kumpulan gerak kerja yang mantap.

Aku harus pergi kerana disini mula dikelilingi oleh mereka yang berfikiran sempit, kurang bijak dan bodoh sombong. Rentetan desakan emosi, keegoan mula menjadi raja hingga meletakkan masing-masing dalam keadaan paling hina bila enggan bertanya sedang diri sangat memerlukan tunjuk ajar, bila berlagak pandai sedang diri masih perlu diajar! Sungguh aku tak perlukan kualiti-kualiti seperti ini dalam hidupku malah masa depan kerjayaku.

Aku harus pergi kerana aku tidak mahu lagi terus menjadi penghalang kepada insan-insan yang ku sayang dalam mencari ketenangan. Aku tidak mahu lagi terus menjadi beban kepada mereka walau aku tahu jauh disudut hati mereka masih sangat memerlukan aku di sini. Masih banyak perkara yang aku mulakan belum selesai malah masih banyak juga perancangan dalam pengemasan aturan kerja yang belum dimulakan namun apa sangat yang boleh dikemaskan bila unit-unit yang ada bermentaliti tidak kemas?

Aku harus pergi kerana tiada siapa yang dapat menafikan bahawa jalan ini akan membawa aku ke arah prospek kerjaya yang lebih cerah. Aku harus pergi kerana kepercayaan tinggi yang diletakkan ke atas ku oleh pihak pengurusan. Aku harus pergi kerana mereka sangat berharap aku mampu menjadi seseorang yang mereka mahu di sana.

Aku harus pergi dan ya, aku akan pergi.

Advertisements

3 responses to “Promotion Can Wait But Not THEM

  1. Serinya wajah krn mantapnya TARBIYAH..cahayanya mata kerana
    b’MUHASABAH…kuatnya hati krn sifat ISTIQAMAH..semoga di sana kamu menemui AL-FALAH…:)

  2. Pingback: #101 : You Jump I Jump « demang online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s