Meditasi

Jangan dipedulikan mulut orang. Mereka bebas mengata apa yang mereka suka. Selagi kita tahu apa yang kita buat, apa niat kita, biarkan orang mengata apa yang mereka mahu. Rezeki kita bukan di tangan mereka!

Hampir seminggu berada dekat dengan satu-satu nya insan yang akan tetap menyayangi ku seadanya walau dalam keadaan apa sekalipun, benar-benar menerbitkan seribu ketenangan. Kepulangan ku secara mendadak sebenar nya telah menggamit rasa ingin tahu serta kegusaran nya sedari hari pertama ku jejakkan kaki di kampung. Namun, dia sedar si anak ini tidak akan betah menyesakkan diri nya dengan masalah-masalah kecil. Jika perlu, pasti akan disuarakan juga.

*****

Bas yang dinanti tiba juga akhirnya. Lewat 15 minit dari waktu yang dijadualkan. Berat langkah diatur menaiki tangga bas. Terasa ingin dipanjangkan lagi tempoh bercuti namun komitmen pada kerja serta tanggungjawab menagih ku untuk segera pulang. Tak banyak yang dapat dibicarakan dengan nya namun cukup untuk memberi ku sedikit kekuatan untuk pulang sebagai seorang yang lebih baik.

” Bukan sabar arwah baba kamu yang kamu warisi ni, tapi baran ayah tiri kamu! ”

Kata-kata ini paling berbekas di ruang hati. Terasa air mata mula bergenang di kelopak sambil segera fikiran kembali menilai apa yang telah aku lakukan. Memang jiwaku tak tenang sekarang. Memang perasaanku sungguh tak keruan di hempas pelbagai ombak rasa. Memang hatiku membara dengan perasaan marah dan dendam hingga membuatkan ku buta pada erti kasih dan sayang sebenar. Kekecewaan serta rasa terkilan melangit yang memenuhi segenap ruang dada membuat aku hanyut dalam gejolak perasaan sehingga lupa pada tanggungjawab. Ya, semua masalah sebenarnya datang dari diriku sendiri.

“Minta ampun banyak-banyak ma, saya banyak salah dengan mama.. saya balik memang nak pastikan restu mama je sebenarnya.. banyak betul dugaan rumahtangga saya sebab dah kecilkan hati mama.. sekarang ni benda dah jadi, saya kena terima.. kena jugak teruskan hidup biar tak dapat hidup bahagia dengan orang yang saya betul-betul cinta..”

SMS itu tidak dijawab. Aku tahu, dia kecewa dengan ku. Memang sejak dari zaman ku di universiti aku mula membelakang kan nya dalam banyak perkara. Walau niatku sebenar nya sedikit pun tidak mahu menyusahkan diri nya yang sudah cukup derita keseorangan membesarkan kami empat beradik namun aku tahu, dia berkecil hati kerana cukup sedikit peranan nya yang kuberi dalam menentukan jalan hidupku.

Semakin hampir ku ke destinasi semakin tenang jiwa ku rasakan. Semakin kuat aku rasa ingin melupakan dan semakin jelas pendirianku pada apa yang berlaku. Aku tahu, sehebat mana pun hati nya terguris selama ini doa ibu tetap akan bersama anak nya… 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s