Dia Bukan Untukku

Sayup mata memandang dia melangkah pergi. Betapa jiwa dihenyak resah melihat dia pergi bersama orang lain. Gelak tawa riang dia bukan lagi untuk aku. Senyum manis dia bukan lagi penawar duka aku. Walau jauh di sudut hati aku tahu aku sentiasa bertakhta di hati nya namun aku tetap perlu akur yang aku hanyalah kekasih separuh masa. Aku tidak memiliki nya sepenuh waktu. Malah keadaan aku juga sangat tidak membenarkan aku memiliki nya sepenuh zahir. 

Sesekali jiwa ini memberontak hingga mendatangkan sesak. Sesekali terasa ingin menangis semahu-mahu nya. Ramai orang kata aku seorang yang kuat. Ramai orang kata aku seorang yang tabah. Ramai orang kata aku seorang yang tidak pernah kalah pada dugaan. Aku dilihat bagai seorang yang tidak pernah dirundung masalah. Sifat peribadi aku yang sentiasa ceria dan bersahaja buat aku nampak sentiasa tenang dan bertenaga. Sebetulnya, aku juga seperti insan lain. Punya hati dan perasaan yang tetap goyah bila sesekali didatangi ujian. Beza nya aku sangat beruntung kerana diberi kekuatan untuk menerima segala bentuk cabaran dari sudut yang positif. Kebiasaan nya cara aku yang optimis serta happy go lucky mampu memendam kan semua kegusaran jauh disebalik gelak tawa dan sifat kelakar.  

Kalau dinilai kembali, terlalu banyak kesilapan yang telah aku lakukan tanpa sedar. Kesilapan demi kesilapan yang terus membunuh rasa sayang pada diri sendiri. Mungkin benar kata orang aku membesar begitu cepat melangkaui usia sebenar. Mungkin benar kata orang aku berfikiran lebih jauh kehadapan berbanding teman seusia sehingga ada ketika aku sangat berusaha untuk tidak menjadi diri aku yang sebenar. 

Sebagai anak lelaki yang sulung, kehilangan bapa pada usia yang begitu kecil bermakna aku perlu mengenal erti tanggung jawab jauh lebih awal dari kawan-kawan sebaya. Aku tak menyalah kan takdir untuk itu kerana aku faham takdir memang mahu lekas mendewasakan aku. Mama yang tidak sempat habis sekolah memang sangat memerlukan sokongan seorang lelaki dalam menongkah arus kehidupan sebagai ibu tunggal kepada 3 orang anak kecil. Aku perlu dan aku harus menjadi lelaki itu. Lantas zaman sekolah aku tidaklah sehebat teman-teman sebaya namun aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurang nya aku mampu untuk matang dengan lebih cepat. 

Hanya satu yang kukesali, bila diri yang membesar lebih cepat melangkaui umur sebenar ini tanpa sedar telah mengabaikan terus kehendak serta kemahuan diri sendiri. Tanpa sedar aku telah mensia-sia kan zaman remaja, zaman muda belia ku hanya kerana terlalu berusaha untuk tidak menjadi diri sendiri. Keinginan untuk membahagiakan orang lain yang melangkaui kepentingan diri terpupuk sekian lama sedari umur 9 tahun terbukti sebenar nya telah menjadi duri dalam daging. Tanpa sedar sudah sekian lama aku hidup dalam pura-pura!

Jauh di dalam hati betapa penuh di dada rasa cinta pada diri nya. Diriku yang sebenar sangat-sangat inginkan nya. Gerak hati tulus ku menjerit-jerit mahu kan nya. Gejolak perasaan diriku pada usia sebenar melonjak-lonjak mahu memilikinya sepenuh masa, sepenuh zahir, sepenuh hati. Namun, apakan daya. Aku sudah jauh terjebak dalam tanggungjawab pada hati dan perasaan manusia sekeliling. Perjalanan hidup ku telah jauh membawa aku ke satu tempat di mana keinginan dan perasaan aku merupakan perkara yang paling tidak penting sekali!

Kenyataan ini sangat pahit untuk ditelan namun tetap aku harus terima, dia bukan untukku!

Advertisements

3 responses to “Dia Bukan Untukku

  1. erm…but sumtimes its quite hard to pretend like nothing happen…
    bkn sng nk nafikn perasaan dgn senyuman….
    huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s