Persimpangan Dilema

Kerana pulut santan binasa,

Kerana mulut badan binasa.

Mulut boleh cakap macam-macam. Mulut boleh berjanji macam-macam. Mulut boleh berkata sesuka hati. Mulut boleh menjaga hati dan mulut juga boleh melukakan hati.

Aku betul-betul berada di persimpangan dilema ketika ini. Betul kata orang, soal hati memang tak boleh dijangka. Jangan dipandang rendah permainan hati dan perasaan. Memang betul, kita mampu mengawal hati. Kita diberi kepandaian akal fikiran untuk mengurus perasaan, namun siapa lah kita untuk melawan gejolak rasa hati dan perasaan bila sesekali diuji.

Orang kata, masakan pohon bergoyang jika tiada angin bertiup. Orang kata, mengapa nak dijolok sarang sang tebuan? Orang kata, mengapa nak bermain dengan api? Betul namun bagaimana pula jika pohon bergoyang kerana ada tangan yang menggoncang. Bagaimana pula jika sarang sang tebuan gugur sendiri di hadapan. Bagaimana pula jika api yang terlebih dahulu membakar jiwa raga. Antara kehendak etika dan keindahan jalinan hati semula jadi aku kini betul-betul tersepit.

Mungkin apa yang aku perlukan hanyalah sedikit ruang yang lebih selesa untuk aku kembali menilai susur jalur hala tuju sebuah kehidupan yang masih teramat baru untuk diuji dengan liku liku yang mengelirukan.

Aku tak pernah meminta untuk diuji sebegini namun aku yakin tetap akan ada bahagia dihujung sana.

Advertisements

2 responses to “Persimpangan Dilema

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s