Dead Or Alive = DOA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Ya Allah, aku sujud mengakui keagungan mu. Aku sujud mensyukuri nikmat mu. Aku sujud memuji kemuliaan mu. Terima kasih ya Allah, syukur ya Allah. Maha suci Allah, segala pujian hanya untuk mu ya Allah, tuhan sekelian alam!

” Mana suami Puan Azlita?” Kedengaran suara Dr Ngun memecah kesunyian.

” Errr.. saya. Saya doktor. Macam mana doktor?” Aku bingkas mendapatkan Dr Ngun yang masih dalam pakaian bedah.

” Jangan risau, semua nya sudah selamat. Dalam 15 minit lagi kita akan pindahkan dia ke wad. Operation berjalan lancar dan setakat ini tiada apa-apa komplikasi,” tenang Dr Ngun melaporkan status terkini pembedahan.

” Alhamdulillah! Syukur ya Allah, sememang nya benar engkau maha pemurah,” sembah sujud ku hanya pada tuhan yang satu!

Ini kali kedua aku diuji dengan ujian sebegini. Kali pertama sewaktu kelahiran Zharfan. Satu pengalaman yang benar-benar menguji ketabahan serta keyakinan pada ketentuan Ilahi. Alhamdulillah, kedua-dua nya berakhir dengan berita gembira namun jika diberi pilihan sungguh tidak ku sanggup untuk sekali lagi menempuhi situasi serupa. Detik terakhir sebelum berpisah ketika mengiringi isteri ke bilik bedah merupakan detik paling memilukan sepanjang hidup aku.

Persetankan ego seorang lelaki kerana nyawa orang tersayang menjadi pertaruhan. Bayangkan, sejurus isteri ku di angkat ke meja bedah maka terputuslah hubungan antara kami, terhenti segala usaha ku dan terpisah segala bentuk pertalian hidup aku dan isteri kerana dia ketika itu milik tuhan sepenuh nya. Segala bentuk harapan serta ketentuan di tangan Allah, tuhan yang satu. Hanya doa serta rintihan sayu yang mampu ku panjatkan tika isteri berjuang antara hidup dan mati!

Jika dengan izin nya dia masih punya waktu untuk terus menjadi isteri ku, ibu kepada anak ku, maka beruntung lah aku sebagai hamba nya yang hanya mampu mengharap. Namun sebalik nya jika Allah, tuhan yang satu lebih menyayangi nya. Jika sudah tertulis aku hanya akan bersama Zharfan menempuh hari-hari mendatang. Jika sudah tersurat tahun 2008 akan ku mulakan dengan satu kehilangan. Hamburan air mata tidak dapat lagi ditelan keegoan. Saat itu aku sedar, betapa sungguh aku menyayangi isteriku. Sungguh aku masih belum mahu kehilangan nya. Betapa aku sangat memerlukan nya dalam menempuh kehudupan mendatang, dan Zharfan. Zharfan masih terlalu kecil untuk kehilangan ummi nya!

Alhamdulillah, betapa Allah maha besar. Maha pemurah lagi maha mengasihani. Hanya kita yang sentiasa lalai dari jalan nya sedang dia sentiasa ada di kala kita kesusahan, sentiasa setia mendengar rintihan hamba nya yang kesempitan. Maha suci Allah, tuhan sekelian alam yang tidak pernah jemu memberi nikmat pada sebuah kehidupan yang sentiasa hanyut!

Advertisements

3 responses to “Dead Or Alive = DOA

  1. Jadi ayah sekali lagi ye? Tahniah 🙂 dan alhamdulillah semua selamat,kn?

    Err,selalunya suami boleh ke tak masuk sekali dgn isteri masa isteri nk bersalin? hehe,terberminat ingin tau la pulak 😛

    demang : nope. this time operation untuk buang ketumbuhan tiroid di leher. and yes, biasa nya suami boleh temankan isteri di bilik bersalin. 🙂

  2. Buat sahabat ku Zam..tabahkan hati,dengan dugaan yang allah dah tentukan..dari dulu sampai sekarang, dari kecik sampai dah ada anak, memang aku respek dengan ketabahan hati ngko..macam-macam dugaan yang engkau dah tempuh..kalau aku tak tau ape dah jadi dengan aku agaknya…Youre’ the man..

    demang : TQ bro. berkat doa rakan-rakan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s