Tentang Bulan

Baru semalam saya berkesempatan untuk menonton filem ini itupun melalui saluran Astro Prima. Sedari awal cerita tentang filem ini mula di war-warkan hati saya sudah terpanggil untuk menonton namun kesuntukan masa dan keadaan yang sentiasa menghambat sedikitpun tidak membantu. Bukanlah kerana saya sangat minat pada Ahmad Idham yang membuatkan saya teringin untuk menonton, bukan juga kerana saya tidak kenal apa itu bulan tetapi garapan cerita tentang memori zaman kanak-kanak sememang nya pasti akan sentiasa mendapat perhatian saya.

Mungkin betul saya berjiwa sentimental, mungkin betul saya suka hidup dalam memori, hakikatnya memang saya sangat rindukan semua saat-saat indah zaman kanak-kanak. Zaman kita berkawan tanpa mengira jenis dan bangsa. Zaman kita bermain tanpa ada batasan waktu. Zaman kita mengasah kreativiti tanpa masalah yang sentiasa menghimpit jiwa. Zaman indah tanpa tanggung jawab!

Zaman kanak-kanak juga lah zaman yang paling manis untuk dikenang kerana kala ini lah kebanyakan dari kita mula belajar erti persahabatan. Kala ini lah kita mula kenal erti semangat setiakawan. Bagi sesetengah yang bertuah, kala ini juga mereka mula belajar bermain dengan bibit-bibit kemesraan, rasa kasih, rasa sayang yang kemudian nya membawa mereka mengenal erti cinta, setia dan cemburu sebagai fasa awal persediaan emosi dan pembentukan sahsiah diri sebelum menjengah ke alam remaja.

Tahniah kepada Ahmad Idham kerana sekurang-kurang nya mampu mamacu mimpi saya kembali ke zaman kanak-kanak yang cukup indah, cukup manis untuk terus dikenang dan cukup berharga untuk terus disimpan jauh di dalam sudut hati saya.

Bila agak nya boleh tengok filem Mukhsin karya Yasmin Ahmad.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s