247 – Kawan Baik
Terilham dari sini.
Mempersembahkan.. TAG KAWAN BAIK dari demang! Hehehe..
1. LETAK SATU GAMBAR ANDA BERSAMA KAWAN BAIK ANDA DAN SEDIKIT KETERANGAN TENTANG KAWAN BAIK ANDA.

Gambar raya kedua tahun lepas. (Gambar latest raya tahun ni ada dalam laptop kat rumah!) Dah kenal dalam 15 tahun. Dulu satu sekolah menengah. Sekarang kerja dengan MARA di negeri di bawah bayu sebagai IT Technician. Masih bujang! Uniknya, kami lahir pada hari yang sama. Eh, juga pada bulan yang sama. Eh, dalam tahun yang sama juga! Hehehe.. Sama2 aktif dalam sukan. Suara dia sedap sampai dapat wakil sekolah ke pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Suara aku pulak lantang sampai dapat jadi sarjan kadet polis hingga ke peringkat kebangsaan. Minat yang sama dalam hampir semua perkara cuma…
2. PERBEZAAN KETARA ANTARA ANDA DAN KAWAN BAIK?
Aku MAN UNITED FAN dan dia LIVERPOOL FAN. DAMN!
3. PENGALAMAN PALING MANIS BERSAMA KAWAN BAIK ANDA?
- sama sama dalam dream team bola baling sekolah yang berjaya memecah tradisi pasukan belasahan hingga berjaya menjadi pemenang tempat ketiga Karnival Sukan KRK peringkat negeri Pahang tahun 1997.
4. PENGALAMAN PALING PAHIT BERSAMA KAWAN BAIK ANDA?
- dikhianati sehingga membawa kepada gagal nya cinta pertama pada tahun 1999. setahun kami putus kawan namun persahabatan terasa lebih manis selepas berdamai!
5. SENARAIKAN 5 FAKTA TENTANG KAWAN BAIK ANDA.
- Bertapak tangan lebar dan berkaki besar.
- Minat Siti Nurhaliza! DAMN.
- Terer hal ehwal komputer.
- Minat menyanyi tapi pemalu.
- Dulu minat gila kat Ziana Zain!
6. SENARAIKAN PULA 5 KAWAN UNTUK MENJAWAB TAG INI SELEPAS ANDA.
- MAOI
- BUZZY
- LAIR
- ECHAH
- NOMEY
Demang - MAOI, sila jawab dengan penuh tawwaduk. You ask for it! hehehe..
Oktober 29, 2009 pada 2:38 pm
aha. i ramai kawan baik…. nanti jeles pulak yang lain2… wuwuw….
Oktober 29, 2009 pada 3:38 pm
thats the beauty of this tag! :p pilih la satu yang paling senang nak jawab! tak pun pilih semua lah! hehehe..
Oktober 29, 2009 pada 3:40 pm
tag senang macam ni kau suruh aku buat? hahah..
Oktober 29, 2009 pada 3:46 pm
hahaha.. tag yang susah2 kau buat lah.. biar aku jawab pulak! :p
Oktober 29, 2009 pada 9:18 pm
alamakkkk… susah giler tag. susah la nak pilih. huhu…
Oktober 29, 2009 pada 10:32 pm
[...] kawan baik By maoi Macam mana demang ni boleh rajin pulak reka [...]