211 – Jom Makan Nasik Dengan Durian

Pernah jumpa tak kat tempat korang makan nasik, diberi percuma buah durian sebijik dua buat pencuci mulut?
Aku pernah! Baru tengah hari tadi makan nasik lauk ikan kerapu masak tiga rasa dengan sup bebola ikan dan taufu telur dilengkapi dengan teh o suam kurang manis, sambil dihidangkan dengan 2 biji durian oleh tuan punya kedai! Perghhh, instead dibuat desert aku belasah je makan dengan nasik. Terangkat beb! Biasa takde pun just maybe hari ni tuan punya kedai tu nak buat sedekah sempena hari Jumaat di musim durian ni kan so dia letak la beberapa biji durian for each table. Nak cuba nasib, datang la makan tengah hari di Bagan Jermal Jumaat depan! Hehehe..
Jun 19, 2009 pada 5:23 pm
waa….sedapnyer…yesterday evening saya pun baru lepas makan durian…musim durian dah tiba!
Jun 22, 2009 pada 8:31 pm
sedap ke makan nasik ngan durian? tak pelik ke? huhu…
Jun 24, 2009 pada 3:02 pm
irisAdyla : welkam! sedap kan! hehehe..
buzzy : try test la! best apa.. orang perak/pahang selalu buat apa..
Julai 1, 2009 pada 2:27 pm
letak dalam budu pun sedap demang! makan ngan nasi. tambah cili kecik. wah…menjilat jari…
orang kelantan selalu buat…
Julai 3, 2009 pada 9:28 am
wahhh.. lagi eksotik tu! hehehe.. pernah dengar tapi belum try.